![]() |
| Kos DTG ini adalah mahal, tetapi hasilnya sangat bagus |
Majoriti printer DTG ini dijalankan dari komputer dengan menggunakan software yang dikenali sebagai RIP (Raster Image Processor). Software RIP ini membenarkan printer untuk mem-print dengan kandungan dakwat yang lebih besar, generate underbase putih untuk t-shirt gelap dan juga membekalkan pengurusan warna yang lebih tepat.
DTG dilihat sebagai penyelesaian bagi kuantiti order yang rendah kerana kos setup prosesnya tidak mahal. Kos printer DTG ini bernilai dari RM30,000 kepada hampir RM800,000 bergantung kepada size print, kebolehupayaan secara industri, boleh print atas fabrik gelap dan banyak lagi.
Teknologi digital printing adalah non-contact, maksudnya hasil print itu tidak dirasai dengan sentuhan tangan.




